Pakai cermin mata boleh rosakkan mata?

Cermin mata merupakan satu alat yang membantu memfokuskan cahaya ke belakang mata.

Rabun jauh (myopia) dan rabun dekat (hiperopia) berlaku akibat ralat pada saiz bola mata (saiz bola mata lebih panjang atau lebih pendek) dan ini menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokuskan secara tepat ke dinding mata iaitu retina. Pemakaian kanta cengkung ataupun cembung adalah diperlukan bagi memfokuskan cahaya ke atas retina.

Oleh yang demikian, pemakaian cermin mata tidak menyebabkan kerosakan mata, malah ia dapat relaks-kan mata. Mata yang stress akibat tidak dapat melihat secara jelas boleh menyebabkan power naik.

christina
christina
Articles: 19

Leave a Reply