Adakah bayi juga mempunyai masalah mata?
Ya, seperti orang dewasa, bayi juga boleh terdedah pada masalah mata seperti kanser mata, kongenital katarak, juling, infeksi, mata malas (amblyopia), retinopati pramatang, dan sebagainya. Masalah ini boleh berlaku semasa lahir, dan ada kalanya berkait rapat dengan masalah kesihatan bayi. Sekiranya bayi mempunyai permasalahan mata seperti ini, ibu bapa hendaklah mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin bagi mengelak masalah gangguan fungsi penglihatan yang kekal.