Kawal Rabun di Rumah
Di saat semua perlu patuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) banyak berada di rumah menggunakan gejet, lihat skrin televisyen , laptop dan pelbagai media untuk meluangkan masa, belajar dan ada yang perlu berkerja dari rumah.
Penggunaan digital screen berlebihan boleh menyebabkan mata penat, kabur, rasa gatal. Ia juga boleh menyebabkan power atau kuasa mata naik.
Jadi bagaimana kami hendak melindungi mata dari kenaikan ini. Sebab kita tidak boleh elakkan dari penggunaan gejet ini.
Pertama elakkan membaca atau melihat skrin dalam keadaan baring atau menirap. Jarak ini biasanya akan lebih dekat dan pengguna biasanya leka dan tidak sedar berapa lama sudah pandang pada jarak yang dekat.
Kedua, digalakan untuk membaca dan membuat kerja ataupun main di kawasan yang terang. Untuk definasi kawasan terang ini ialah sudut dimana tidak perlu anda buka lampu. Cahaya dari luar ini (cahaya dari matahari) sudah cukup untuk menerangi kawasan. Exposure to sunlight is proven to slow down myopia (rabun jauh) progress.
Ketiga, praktikkan 20,20,20. Tips ini sudah disebut di pelbagai media dan oleh doktor mata. Kaedah ini untuk rehatkan mata bila telah lama menggunakan komputer.
Sekian sahaja perkongsian hari ini. Stay safe.