Bolehkah orang yang tidak rabun memakai kanta lekap?
Kanta lekap bukan sahaja bertujuan untuk membetulkan refraksi mata, malah ia juga boleh digunakan untuk tujuan kosmestik seperti menghadiri sesebuah majlis seperti kenduri kahwin, ataupun untuk memudahkan aktiviti lasak dan sosial. Jadi, seseorang yang tidak rabun juga boleh memakai kanta lekap, namun masih harus mendapatkan nasihat penjagaan dan pemakaian yang betul daripada optometris yang bertauliah.