Adakah kanak-kanak juga boleh memakai kanta lekap?
Ya. Bagi kanak-kanak atau bayi yang mempunyai kuasa refraksi mata yang tinggi, kanta lekap boleh dipakai. Berbanding cermin mata, kanta lekap lebih mudah kerana cermin mata yang berat dan tebal menyebabkan ketidakselesaan pada kanak-kanak. Saiz imej yang dihasilkan oleh kanta lekap juga sama dengan saiz imej yang dilihat dengan mata sebenar.
Untuk sesuatu situasi seperti untuk bersukan, kanta lekap kawalan miopia diperlukan bagi mengawal kuasa mata dari naik secara menadak.
Pemakaian kanta lekap untuk kanak-kanak perlu mendapat pemeriksaan dan pengawasan yang ketat oleh optometris yang bertauliah.